.
![.](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgV1hqjPQmH1XVcAx-fDQGU17syXN0b-WKZSEU6qSnUOqtRsd5apLiah2KthN58Bi-xG110YWs2tBseTpFIYRVLxxks8UqTf6jk-O3sZUkYDHxVOfWUIsPyHIIHY7-rfSVsEypOixCgnBo/s1600/images+%25285%2529.jpg)
.
Selasa, 16 September 2014
PENDAHULUAN
Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang
disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori
individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan
khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental
retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities),
gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan
komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language
disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan
atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan
fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).
Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas bererti program yang
dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran
dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan
murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk
membantu pembelajaran murid- murid khas.
"Pendidikan
Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas." (Hallahan dan Kauffman (2006) )
"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka
bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus."
( Gargiulo (2003) )
"Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain".
(Friend (2005))
"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara".
Mansor (2005)
"Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang
daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan
dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas, alatan khas
dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah
pembelajaran".
Heward & Orlansky (1980)
"Pendidikan khas merujuk
pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi
intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan
biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa.”
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992)
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
c. Ciri- ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Isnin, 15 September 2014
JENIS MASALAH PEMBELAJARAN
1. Down Syndrome
- Terjadi kerana kelebihan kromosom 21,
- Lemah dalam pengawalan otot-otot,
- Menghadapi masalah pernafasan,
- 1 daripada 4 kes menghadapi serangan sakit jantung,
- Mempunyai sifat-sifat penyayang, suka berkawan dan ceria.
2. Autisme
- Menghadapi masalah menyesuaikan diri dan keadaan,
- Perkembangan bahasa yang terhad,
- Pergaulan sosial yang terhad,
- Tidak suka berinteraksi.
3. Dyslexia
- Menghadapi masalah membaca,
- Kekeliruan di antara konsep kiri dan kanan,
- Tidak dapat mengenal / membeza turutan abjad dan nombor,
- Tulisan yang sangat buruk.
4. Hyperactive
- Menghadapi masalah tingkahlaku yang ketara,
- Mempunyai kadar penumpuan yang terhad,
- Masalah anti sosial,
- Mempunyai sifat-sifat yang degil dan kasar,
- Tidak tahu berdiam diri dan tidak tahu letih.
5. Cleft Lip and Palate
- Menghadapi masalah pertuturan,
- Pertuturan yang tidak jelas dan sengau,
- Malu untuk bercakap.
6. Cerebral Palsy
- Menghadapi masalah pengawalan otot-otot,
- Otot-otot menjadi kaku dan tidak berupaya untuk bergerak,
- Keseimbangan pergerakan anggota-anggota badan yang terhad.
7. Mental Retardation
- Kecacatan / kerosakan otak,
- IQ hanya 70 ke bawah,
- Tahap kecacatan bergantung kepada tahap kerosakan otak.
8. Epilepsy + ( Mental Retardation )
- Menghadapi masalah serangan sawan,
- Selalu mengantuk kerana ubat,
- Serangan sawan yang tidak menentu.
9. Russel’s Syndrome
- Penyakit cepat tua, atau tidak membesar
- Usia hayat tidak seiring dengan keadaan sebenar.
Ahad, 14 September 2014
Isnin, 1 September 2014
Langgan:
Catatan (Atom)