DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas bererti program yang
dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran
dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan
murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk
membantu pembelajaran murid- murid khas.
"Pendidikan
Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas." (Hallahan dan Kauffman (2006) )
"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka
bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus."
( Gargiulo (2003) )
"Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain".
(Friend (2005))
"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara".
Mansor (2005)
"Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang
daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan
dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas, alatan khas
dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah
pembelajaran".
Heward & Orlansky (1980)
"Pendidikan khas merujuk
pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi
intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan
biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa.”
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan